IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Madani memberi layanan yang sama kepada semua kaum meskipun mereka hanyalah minoriti di negara ini.
Beliau berkata Kerajaan Perpaduan tidak akan bertolak ansur dalam menjadikan Malaysia sebagai negara hebat yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.
"Tiada ruginya pun, semalam saya ada perhimpunan Islam yang besar, berpuluh-puluh ribu orang di Perlis. Hari ini saya meraikan Vaisakhi, itu tidak bertentangan kerana sementara kita bawa semangat agama masing-masing, kita mesti bawa sifat kemanusiaan.
"Antara teras dalam konsep Madani ialah ihsan, kemanusiaan dan kita harus berusaha untuk mencapainya," kata beliau ketika berucap di Rumah Terbuka Hari Vaisakhi Negeri Perak 2024 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.
Anwar juga berkata beliau telah meluluskan peruntukan RM200,000 untuk kebajikan komuniti Sikh di Perak.
Perdana Menteri, yang akan ke Kedah selepas majlis itu, berkata beliau akan berkhidmat untuk setiap rakyat Malaysia meskipun ia adalah negeri pembangkang.
"Saya dah cover Kelantan, Perlis, petang ini di Kedah dengan Menteri Besar dan kerajaan negeri untuk melihat masalah air, tebatan banjir serta kemiskinan.
"Bila saya sebut miskin, saya tak kira kaum dan di negeri-negeri di mana ada kemiskinan tegar, saya kata kita mesti bantu dan saya tak mahu kita izinkan ini berlaku," katanya.
Anwar juga berkata terdapat sebilangan kecil puak minoriti dalam kalangan masyarakat yang mula menyemai benih perpecahan dan sikap tidak bertoleransi namun Malaysia harus mengekalkan identitinya.
Beliau berkata meskipun Bumiputera Melayu adalah majoriti, Islam agama persekutuan bersama-sama Bahasa Melayu dan Raja-Raja namun negara ini harus tegas dalam memelihara serta melindungi hak setiap rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika hadir ke Rumah Terbuka Vaisakhi Negeri Perak 2024 di Stadium Indera Mulia hari ini. - Foto Bernama
Pemimpin dunia sampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi
Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong pada Selasa.
Pereka grafik didakwa sembunyi wang lebih RM100,000 milik seorang lelaki
Seorang pereka grafik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah lebih RM100,000 milik seorang lelaki.
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, elakkan daripada mana-mana pemohon terlepas peluang belajar meskipun dijangka terdapat 30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET.
AWANI Ringkas: Jenazah suspek tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Fenomena astronomi: Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Helikopter terhempas: Malaysia dukacita tragedi menimpa Presiden Iran - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim hiba dan sedih atas laporan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikoptyer terhempas pada Isnin.
Lawatan Anwar ke Asia Tengah, misi Malaysia cari lebih ramai sahabat setia
Kunjungan ke negara Asia Selatan mungkin tidak memberikan kesan ketara kepada kemajuan ekonomi.
PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Anwar hadiahkan kek sempena ulang tahun ke-70 kelahiran Presiden Kazakhstan
Kek itu disampaikan sendiri oleh Anwar kepada Tokayev yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Nursultan Nazarbayev.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
PM Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan.
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.